Studio Photoshoot Shah Alam, Kaio Studio Pilihan Tepat Dan Terbaik Di Malaysia

Pada hari Sabtu baru-baru ini, aku berkesempatan menjalani sesi photoshoot bersama blogger Malaysia yang lain di Kaio Studio.

Sebenarnya hajat di hati dah lama nak buat sesi photoshoot ni memandangkan Kaio Studio adalah antara nama popular untuk Studio Photoshoot Shah Alam.

Sejarah Kaio Studio

Nama Kaio Studio tidak asing lagi dalam industri fotografi tanah air. Sebenarnya, penubuhan awal Kaio Studio adalah pada tahun 2012 yang diasaskan oleh Anwar Abdullah merangkap CEO kepada syarikat yang didaftarkan atas nama KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD (1195454-K), yang menumpukan kepada Videography dan Cinematography.

Kaio Studio di peringkat permulaan bukanlah terus jadi seperti sekarang ini tetapi bermula sebagai “wedding videographer” sahaja. Menarik kan? Bermula dari bawah tu.

Setelah beberapa tahun, Kaio Studio kini meluaskan lagi sayap kepakaran mereka kepada genre yang berbeza seperti penghasilan video pendek, fashion, video muzik, filem perkahwinan, majlis korporat, video commercial dan “event coverages”.

Bukan sembang tin kosong, ayuh kita layan jap beberapa portfolio mereka sebelum aku sambung cerita..

Post-wedding of Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Carcosa Seri Negara (corporate)

Most Glam 2015 (fashion)

Seminar Bisnes Kecil anjuran Majalah Niaga (event coverage)

OST Sekali Aku Jatuh Cinta | Syed Shamim & Tasha Manshahar (music video)

QAISARA – (Short Film)

Hebatkan? Itu adalah antara hasil sentuhan karya dari Kaio Studio. Sungguh ohsem!

Viral Timefreeze Video!

Masih ingat tak lagi video timefreeze yang viral sungguh di media sosial tahun lepas? Siapa lagi videographernya tak lain tak bukan iaitu Kaio Studio Team!

Pencapaian Kaio Studio

Nama Kaio Studio bukan calang-calang jenama kerana atas penghasilan kualiti video yang cukup menakjubkan, Kaio Studio juga telah diiktiraf sebagai Pemenang Most Glam Fashion Videographer 2015 oleh Majalah Glam. Rujuk Most Glam Fashion Videograper 2015

Untuk makluman korang, Kaio Studio pernah ke Paris bersama selebriti popular Anuar Zain untuk menjalani sesi penggambaran muka depan majalah Fashion & Travel.

Kaio Studio juga pernah ke Cairo, Mesir untuk sesi photoshoot bersama pereka fesyen ternama tanah air iaitu Ezuwan Ismail. Bukan sekadar Ezuwan Ismail je, tapi ada lagi pereka fesyen yang pernah mendapatkan khidmat dan sentuhan karya kreatif dari Kaio Studio iaitu Lynda Rahim, Wandpa, Melinda Looi dan Zawara.

Selain dari itu, ramai para selebriti dan jenama-jenama pakaian ternama tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan khidmat dari Kaio Studio antaranya seperti Creacion by Dato Siti Nurhaliza, Adriana Yariqa (Jenama dari Singapura), Miasara Couture, Lumiere Concept dan ramai lagi.

Pengalaman Berphotoshoot Di Kaio Studio

Sekarang barulah aku nak cerita pengalaman ketika berphotoshoot di Kaio Studio. Hehe. Pertama kali aku jejakkan kaki ke sana, 1st impression yang aku tengok adalah “wall of fame” yang terletak betul-betul di depan pintu masuk.

Korang bayangkanlah, bila masuk je dapat tengok antara karya dorang yang wow!. Patutlah ramai yang berkenan dengan kualiti portifolio Kaio Studio. Hehehe.

Kaio Studio agak luas dorang punya interior. Boleh duduk-duduk dan berehat sementara menunggu giliran untuk berphotoshoot. Sofa dan tandas semua ada. Dengan kata lain adalah selesa. Pengunjung pun rasa santai. Ada aircond. Sungguh nyaman. 🙂

Gambar-Gambar Photoshoot Oleh Kaio Studio

Baiklah. Sampai dah masanya untuk aku tunjukkan hasil seni kreatif sentuhan emas team Kaio Studio ni. Berikut kat bawah adalah antara hasil photoshoot bersama Kaio Studio.

Servis Di Kaio Studio

Antara perkhidmatan yang ditawarkan di Kaio Studio adalah seperti Wedding photography and videography, Corporate photography and videography, Commercial video, Campaign video and photography dan Music video. Untuk melihat lebih lagi, korang boleh terus layari di Perkhidmatan Di Kaio Studio

Lokasi Kaio Studio

Bagi korang yang bercadang untuk dapatkan perkhidmatan dari fotographer dan videographer terbaik di Malaysia ini, boleh terus berkunjung ke Studio Kaio Studio di Shah Alam, Selangor.

Alamat Kaio Studio seperti berikut :

KAIO STUDIO AND PRODUCTION SDN BHD

1-06, Mitea Residence Office,
No.5 Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40100 Shah Alam, Selangor.

Boleh waze sahaja ‘KAIO STUDIO’

Jom buat studio photoshoot di Kaio Studio, sememangnya berbaloi beb! Untuk ikuti perkembangan terkini serta lihat lebih lagi karya team Kaio Studio, sila Like Facebook Official Kaio Studio dan Follow Instagram Official Kaio Studio

2 Replies to “Studio Photoshoot Shah Alam, Kaio Studio Pilihan Tepat Dan Terbaik Di Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *