Sham Char Kuey Teow 696 Seksyen 19 Shah Alam

Sham Char Kuey Teow, terletak di Seksyen 19 Shah Alam dimiliki oleh Shamsul Aswad dan isterinya, Jamilah Ahmad. Menurut En. Sham, Char Kuey Teow ini hidangan turun termurun, dan resepi khas dibawa dari kampung.

Kami berkesempatan singgah di Sham Char Kuey Teow 696 setelah beberapa kali restoran char kuey teow 696 ini menghias muka surat khabar sejak tahun lepas antaranya Sinar Harian.

1931446_1831991017027710_5642362045203936271_n

Char Kuey Teow Ketam Serendah RM10

Yang menjadi tumpuan aku apabila tiba di Sham Char Kuey Teow adalah Char Kuey Teow Ketam, Char Kuey Teow 3 Serangkai dan juga Char Kuey Teow Udang Kara.

Char Kuey Teow Ketam harga serendah RM10, Char Kuey Teow 3 Serangkai RM13, dan Char Kuey Teow Udang Kara Rm100. Bagi yang nak makan Char Kuey Teow biasa bersama telur, harga hanya RM4.. Murah!

Sham-Char-Kuey-Teow-696-Seksyen-19-Shah-Alam-009

10295736_1831991047027707_6781595743972661212_n

Setelah merasai sendiri, memang ini antara char kuey teow tersedap di Shah Alam. Dari char kuey teow biasa sehingga la ke udang kara yang paling special. Memang cukup rasa, ada manis, masam dan masin. Betul la, tak rugi makan disini.

Bagi yang gemar makan nasi dan tak boleh kalau tak makan nasi, anda boleh nikmati hidangan selain dari Char Kuey Teow, iaitu nasi goreng udang galah,nasi ikan bawal, udang masak lemak dan lain lain.

12373288_1831991020361043_5643808031677427204_n

11219015_1831991043694374_3066384346005958015_n

252237_1831991090361036_3008747711335318518_n

Antara review yang diberikan pelanggan yang pernah mencuba Char Kuey Teow 696 ini.

“Best in town…best in shah alam..im loving it… #shahalamfoodlover #bestintown #bestinshahalam #terbaikbakhang”- Tiger Jimmy
Wukong

 

“Addicted to char kuey Teow – dry, no tauge Penang style. Simply marvelous!” – Bunga Tisu Doorgift

 

“Sedaaapppppp! Dekat sejam nak habiskan makan char kuew teow ketam. Licin! Terbaik bang!” – Myra Latif

“Dgn harga yg sungguh berpatutan, rasanya yg sempurna, no wonder kedai ini mendpt berkat Allah. Semoga ditambahkan rezeki & keep up the good work guys… Alhamdulillah” – Raziff Nik

10169236_1831991073694371_6156223269702897162_n

9588_1831991120361033_3458108163948161449_n

Alamat :
Lot G 53, Jln Nelayan A, 19/A Seksyen 19,Shah Alam (Sebelah Pejabat Kak Ton)

Waktu operasi:
Khamis – Selasa – 12.30 ptg – 12.00 malam
Rabu – Cuti

Status :
HALAL

No. tel :
011-3265 1929

Facebook :
www.facebook.com/profile.php?id=100008243343156

Hidangan
*Ala cart

Hidangan tumpuan:
*Char Kuey Teow 3 Serangkai (Udang Sotong Kerang)
*Char Kuey Teow Udang Kara
*Nasi Ikan Bawal goreng / Udang Masak Lemak

Untuk membaca lagi review boleh ke Facebook.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *