RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang.

Adalah sekolah swasta yang mengamalkan pendidikan moden berasaskan Al-Quran dan akademik. Dari luar bangunan, RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang ini kelihatan seperti sebuah universiti swasta yang serba moden. Jarang sebenarnya kita dapat lihat sebuah sekolah islamik memiliki sebuah pusat pembelajaran secanggih ini.

Disebabkan itu RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang dikenali sebagai sebuah sekolah yang berciri kemodenan hingga menempa nama sebagai sebuah sekolah canggih yang ada di lembah klang.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Di RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang, kebanyakan guru yang mengajar di sekolah ini adalah wanita yang rata-ratanya berumur 20 an. Muda kan? Namun lain pula pelajar yang didaftarkan di Rizq Islamic School ini lebih ramai lelaki berbanding perempuan.

Difahamkan, ramai yang mendaftar di Rizq Islamic School kebanyakannya tinggal di sekitar lembah klang dan bilangan pelajar setakat ini dalam 390 orang pelajar yang mana kapasitinya mampu memuatkan sehingga 300 orang pelajar. Satu kelas pula boleh menampung seramai 245 pelajar.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Menariknya di Rizq Islamic School, sistem pembelajaran yang diamalkan di sini amat berbeza kerana mengamalkan dan menjadikan sekolah islamik ini seperti sekolah antarabangsa.

Sekali gus menafikan mulut-mulut yang mengatakan sekolah islamik adalah bertaraf biasa dan menolak dakwaan sesetengah pihak yang mendakwa tiada keistimewaan.

Konsep yang diterapkan di Rizq Islamic School ini berteraskan hafazan dan akademik. Ini menjelaskan bahawa bukan semata menerapkan ilmu duniawi, malah menekankan juga ciri islamik yang bergerak seiring keduanya.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Ditapis Dan Disaring Mengikut Kemampuan Kefahaman

Sebelum para pelajar diserap masuk ke dalam Rizq Islamic School, para penilai akan menapis dan menilai dulu dan membuat saringan awal untuk menentukan level pemahaman setiap pelajar yang bakal mengikuti sesi pembelajaran disini.

Ini bermakna lain tahap pemahaman murid, mereka akan di bimbing mengikut tahap level kemampuan individu pelajar itu sendiri. Ini juga memudahkan para guru dan murid itu sendiri kerana dapat mengikuti pembelajaran dengan kemampuan mereka yang sepatutnya.

Makanan Di Rizq Islamic School

Makanan yang disediakan di Rizq Islamic School ini berlainan setiap hari. Jadi, setiap hari menu yang dihidangkan adalah lain-lain. Tidak lah muak para pelajar kerana makanan akan di “rotate”.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Sesi Pembelajaran Di Rizq Islamic School

Waktu pembelajaran di Rizq Islamic ini bermula dari jam 8.30 pagi sehingga 6.00 petang. Boleh dikatakan jadual para pelajar kat sini agak padat namun kebanyakan mereka tak menampakkan rasa letih malah gembira mengikuti pembelajaran walaupun tempoh yang lama.

Aktiviti Pembelajaran Di Rizq Islamic School

Setiap aktiviti yang dijalankan di Rizq Islamic School ini juga berlainan pada setiap minggu. Malah setiap kali dalam kelas, guru yang mengajar akan memberi tempoh berehat sebentar kepada pelajar sebelum menyambung sesi pembelajaran. Ini memberi peluang untuk pelajar recovery tenaga semula.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Selain memberi keseronokan kepada setiap pelajar dengan membuat pelbagai aktiviti yang menyeronokkan, para pelajar juga turut dibimbing dan di didik dari aspek kerohanian. Setiap pelajar akan mengerjakan solat secara berjemaah yang mana pelajar akan diberi peluang menjadi imam dan bilal.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Kemudahan Di Rizq Islamic School

Berbicara mengenai kemudahan yang ada. Sudah tentu pelbagai kemudahan yang menyeronokkan untuk pelajar yang memasuki ke Rizq Islamic School ini antaranya gym dan bilik permainan yang menarik!

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Kokurikulum Di Rizq Islamic School

Selain itu juga, di Rizq Islamic School juga turut menawarkan beberapa kokurikulum yang menarik seperti kelab doktor, kelab chef, kelab keusahawanan, kelab polis/bomba, kelab guaman, kelab astronomi, kelab media dan kelab robotik.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Harga Yuran Di Rizq Islamic School

Berikut adalah harga yang ditawarkan di Rizq Islamic School. Pada pendapat peribadi aku, harga yang ditawarkan di Rizq Islamic School ini berbaloi dengan kemudahan yang para pelajar akan dapat sepanjang menimba ilmu disini.

RIZQ Islamic School Sekolah Antarabangsa Kajang

Kesimpulannya, Rizq Islamic School ini bukanlah sekolah biasa walaupun menekankan pembelajaran secara islamik. Ramai yang memandang serong yang beranggapan sekolah islamik tiada kemudahan yang asas dan istimewa.

Sekurang-kurangnya dengan kewujudan sekolah islamik seperti Rizq Islamic School ini, membuka peluang kepada ibu bapa yang berkemampuan untuk menghantar anak masing-masing di sekolah ini. Tak perlu risau kerana dari segi akademik juga diserapkan sekali seiring dengan pembelajaran secara islamik.

Disamping keseronokan anak-anak belajar, mereka juga dapat menimba pelbagai ilmu asas baru seperti dunia sebenar di luar sana. Berilah peluang dan galakan kepada mereka untuk meneroka dunia luar melalui pembelajaran yang sesuai dengan usia mereka.

Korang juga boleh ikuti laman sosial Rizq Islamic School untuk mengetahui pelbagai maklumat terkini disana.

Website : www.rizq.edu.my
Facebook : www.facebook.com/rizqschool
Instagram : www.instagram.com/RizqIslamicSchool
Email : hello@rizq.edu.my

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi mereka seperti dibawah :

Alamat:
No 2, Lot 1456, Jalan Cempaka Off Jalan Teratai
Kampung Sungai Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Telefon : 03-8912 0447
Whatsapp : 018-961 1615

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *