Lifestyle

Pengguna Watson? 8 Kelebihan Ini Boleh Dapat Bila Guna Kad VIP Watson Baru.

Mungkin ada dikalangan korang adalah pelanggan tetap Watson. Seperti yang sedia maklum, Watson adalah antara tempat shopping barangan peribadi yang agak popular.

Memang ramai para pengguna Watson. Tak kira lelaki atau pun wanita. Tetapi kebanyakannya adalah wanita lah sebab macam-macam boleh shopping kat situ.

#GetActive

Get Active adalah kempen hasil inisiatif Watson bersama para peruncit barangan kecantikan dan kesihatan. Selari dengan sambutan Hari Kesihatan Sedunia, Watsons tampil membantu mempromosikan dengan lebih dekat tentang gaya hidup sihat yang perlu diamalkan setiap rakyat Malaysia.

Dengan kempen ini, sekaligus turut meletakkan imej Watson sebagai salah satu jenama pengeluar yang berkolaborasi dari segi aspek penjagaan kesihatan.

Oleh sebab itu ramai dah pun tahu Watson bukan sekadar mementingkan penjagaan gaya hidup, malah turut menitik beratkan aspek kesihatan dan kecantikan diri terutamanya wanita.

Watson Ambbasador

Pada majlis yang berlangsung ini juga, Watson telah memperkenalkan “ambassador” dalam kempen #GETACTIVE. Terdiri dari barisan selebriti pelbagai gaya hidup yang berlainan dan punya cara hidup yang aktif.

1. Lenna Lim
Selebriti ini adalah artis dan menggemari aktiviti berbasikal. Hobi berbasikal yang diamalkan sehingga sekarang dapat menolong beliau untuk kekal sihat dan cantik.

2. Ann Osman
Peninju MMA wanita pertama di Malaysia. Gemar dengan aktiviti yang cukup lasak di luar sana.

3. Kit Mah
Fitness Influencer ini mempunyai bentuk badan yang sado hasil dari latihan dan diet yang sihat dan betul secara berterusan.

4. Mark O’dea
Pengomen Sukan dalam masa turut juga mengamalkan aktiviti yang aktif mental dan fizikal.

Selain daripada itu, mereka juga sudi berkongsi tips kesihatan mereka sendiri dengan pengunjung. Sekaligus mengetuai aktiviti sihat yang disediakan bersama peserta Watson VIP Card yang dibahagikan dengan beberapa kumpulan kecil.

Kad VIP Watson

Kad VIP Watson adalah salah satu inisiatif dari Watsons untuk penggunanya. Para pengguna boleh menikmati pelbagai jenis ganjaran, diskaun hebat dan tawaran menarik daripada Watson bersama. Bukan setakat itu, Watson juga turut memperkenalkan rewards baru iaitu Health Club Rewards.

Pada sesiapa yang belum lagi memiliki kad VIP Watson, cepat-cepat daftarkan diri sekarang. Mudah sangatlah nak mendaftar. Ikut seperti gambaran yang aku tunjuk kat atas tu.

Setiap ahli baru yang sign up, korang akan dapat vouchers barangan Watson bernilai RM300. Bukan sekadar itu je, korang juga menerima 500 mata apabila mengaktifkan kad ini.

Vouchers bernilai RM5,000 juga diberi sebagai hadiah… Wow! 😀

Jadi, tunggu apa lagi? Cepat-cepat daftar! Maklumat lanjut boleh tengok kat Watson Malaysia

About the author

Syukri Tahir

Editor at Beautifulnara.com

Add Comment

Click here to post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge