Sajian Istimewa Berbuka Puasa Di Laman Kayangan

Setiap tahun kadangkala kita akan teringin untuk berbuka puasa kat luar. Yelah, nak gak merasa menu kat luar kan? Apa yang special dan mana yang sedap. Senang cerita, nak cuba makanan2 baru lah.

Beberapa hari yang lepas, ST singgah ke food review buffet ramadhan, di Laman Kayangan Shah Alam. Bila masuk je suasana jadi sejuk aman damai je. Besar pun besar tempat ni.

Disebabkan ST tiba hampir nak dekat maghrib, ST dengar jugak lah penganjur beri petunjuk akan masuk waktu solat dan boleh solat di surau yang telah disediakan. Sambil menjamu selera sambil kita beribadat lah kan. Tak baik kufur nikmat.

Haaa.. ini antara menu yang ST makan masa food review ni. ST buat tawaf qudum(selamat datang) lah nak tengok apa lauk pauk yang ada. Macam-macam ada lah. Tapi nak amik tu beringat lah ye. Biar sikit2 asalkan tak membazir.

Kalau korang nak berbuka puasa kat luar di bulan ramadhan nanti, boleh cuba menu yang disediakan di Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam ni. Mereka bukan je menyediakan pakej berbuka puasa, malah pakej bertunang, nikah dan kahwin pun ada.

Untuk maklumat lanjut, layari website Laman Kayangan Shah Alam.