Mini Thailand Week 2017 : Peluang Beli Aneka Produk Keluaran Thailand

Mini Thailand Week 2017 : Peluang Beli Aneka Produk Keluaran Thailand. Aku kalau nak beli sesuatu barang, mesti nak cari jenis yang tahan lama dan jenis yang murah tetapi lawa. Tak kisah lah apa-apa barang sekali pun. Baju, seluar, bag, kasut, makanan dan lain-lain.

Pernah lah aku berborak dengan kawan-kawan yang jenis kaki shopping ni lebih-lebih lagi kaum wanita. Dorang ni kalau bab mencari barang yang murah tetapi sedap mata memandang dan memakai, mereka lah yang pakar!

Dorang pernah cakap kat aku, tak semestinya produk yang murah tu tak berkualiti dan tak semestinya produk yang mahal je yang ada “design” yang lawa-lawa. Aku setuju juga dengan kenyataan tu. Hehe.

Mini Thailand Week 2017
MTW16 Exhibition

Untuk pengetahuan korang, tak lama je lagi berlangsungnya Mini Thailand Week 2017 bertempat di Kuala Lumpur. Aku dapat tahu kat sana nanti macam-macam produk ada dijual. Antaranya seperti kain buatan tangan, barangan fesyen dan produk kecantikan, perabot, hiasan rumah dan kraftangan yang unik!

Mini Thailand Week 2017
H.E. Mr. Damrong (L2) touring the exhibition at Mini Thailand Week 2016

Mini Thailand Week 2017
MTW16_Exhibition

Bukan senang nak tengok kesemua produk-produk keluaran Thailand ni duduk satu bumbung. Paling tak pun kau kena keluarkan kos pergi ke Thailand. Dah kena keluar duit minyak dan tol jika korang bergerak dari lembah klang.

Sebenarnya, Mini Thailand Week telah dilangsungkan buat pertama kalinya sebelum ini pada tahun 2009 yang dirasmikan oleh Jabatan Perdagangan Antarabangsa di bawah kelolaan Kementerian Perdagangan Thailand.

Mini Thailand Week 2017
Opening Ceremony of Mini Thailand Week 2016

Hasil dari yang sebelumnya, yang terbaru ini telah pun masuk edisi yang ke 9 kali. Mini Thailand Week 2017 menggunakan pendekatan yang berbeza dengan tema “Urban Lifestyle”.

Tema ini membuat kelainan dengan menawarkan pelbagai produk gaya hidup dari Thailand antaranya seperti makanan dan minuman serta barang-barang kesihatan dan lain-lain. Pelbagai produk berkualiti akan dipamerkan pada harga terbaik!

Mini Thailand Week 2017
Master painting lacquerware

Mini Thailand Week 2017
Visitor painting benjarong

Korang juga boleh menyaksikan demonstrasi lukisan papan kayu oleh seniman Thailand yang terkenal, Mr Tanupon En-On dan menghasilkan sendiri lukisan papan kayu.

Kalau rajin, kongsikan karya papan yang dah siap tu di laman Facebook Mini Thailand Week dengan hashtag #minithailandweek2017 dan berpeluang menerima kejutan istimewa.

Pelbagai lagi aktiviti menarik yang akan berlangsung pada hari tersebut.

VenueOne Utama Shopping Center
Waktu : 10 pagi – 10 malam
Tarikh : 6-9 Julai 2017

Masuk PERCUMA

Untuk mengetahui lebih lanjut lagi, terus ke laman facebook Thailand Trade Show.MY. Korang juga boleh e-mel ke thaibusinessmatching@gmail.com atau hubungi talian 03-7960 5055.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *