Ini 2 Jenis Asap Rokok Yang Ada, Salah Satunya Lebih ‘Selamat’?

Walaupun tengah bergembira bersiar-siar bersama keluarga kat Bandaraya Bersejarah Melaka hari ni tapi ada satu benda yang buat saya risau sangat-sangat.

Macam mana saya nak pastikan anak kedua saya yang baru je berumur 6 bulan ni jauh daripada asap rokok masa keluar berjalan nanti.

Saya bukannya sombong atau bajet bagus tapi bila dah terbiasa bergelumang dengan ratusan pesakit yang dapat penyakit akibat asap rokok ni baru la saya sedar asap rokok ni bukan mainan.

Jangan ingat yang hisap rokok je yang boleh dapat penyakit tau.

Mengikut artikel daripada Cancer Research UK, bayi kecil kita yang tak bersalah ni pun berisiko tinggi kena penyakit kanser, jangkitan salur pernafasan, asma, jangkitan bakteria pada selaput otak ( bacterial meningitis ) dan banyak lagi kalau terpapar dengan asap rokok ni.

Kepada perokok tegar di luar sana. Korang kena tahu asap rokok ni ada 2 jenis.

1. Mainstream Smoke : Ni asap yang korang telan dan hisap tu

2. Sidestream Smoke : Ni pula asap yang yang keluar daripada hujung puntung rokok yang dibakar tu

Asap daripada sidestream smoke yang bercampur dengan udara luar ni la yang akan dihidu oleh bayi kita semua.

Sidestream smoke ni 4 kali ganda lebih toksik daripada asap yang perokok tu hisap ( mainstream smoke ) kerana asap tu mengandungi :

– 3 kali ganda karbon monoksida
– 10 hingga 30 kali ganda nitrosamines
– 15 hingga 300 kali ganda ammonia

Dasyat kan efek asap rokok ni pada bayi?

Jangan pelik kalau kes kanser yang pelik-pelik makin banyak sekarang kat hospital walaupun pesakit tu tak pernah ada sejarah keluarga yang ada kanser pun.

Semoga kita semua boleh lebih berhati-hati lepas ni. Nampak je ada orang merokok, terus bawa bayi kita jauh-jauh daripada si perokok tu ye.

Trend hisap rokok lepas makan ni biasanya banyak berlaku kat kenduri kahwin. Dah la masa tu ramai kanak-kanak kat sekeliling. Nak hisap, hisaplah.

Tapi tolong pergi jauh jauh daripada keramaian dan tempat kanak-kanak tengah berkumpul.

Tolong sebarkan info ni pada sanak saudara ye. Benda ni sangat-sangat penting untuk keselamatan anak-anak kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *