De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang – Pada minggu lepas, berlangsungnya pembukaan De Centrum Mall, kompleks membeli belah terbaru di Kajang. ST jarang sebenarnya turun Kajang melainkan jika ada urusan penting.

Pada mereka yang tinggal di sekitar Kajang yang masih belum tahu tentang De Centrull Mall ini, kompleks beli belah ini mempunyai keluasan seluas 100 hektar yang dibina dan telah siap pada tahun lalu tetapi baru sahaja dirasmikan minggu lalu 08 Oktober 2017.

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang

De Centrum Mall ini terletak diantara kawasan yang strategik yang mana berhampiran universiti-univerisiti tempatan sekitarnya seperti IUKL, UNITEM, UPM , UM dan UKM. Ini secara tidak langsung berjaya menjadikan De Centrum Mall antara mall pilihan ramai.

Tidak lama lagi, terdapat satu hotel baru di De Centrum City iaitu Park Inn by Radisson Hotel. Lokasi itu adalah bekas hostel pelajar pelajar IUKL, namun akan di gilap semula untuk dijadikan sebuah hotel yang gah di kawasan De Centrum City.

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang

Menariknya, De Centrum City Mall adalah mall yang sangat stratergik kerana cukup lengkap dengan infrasturktir mewah seperti hotel, convention centre, condo, fitness centre, dan macam-macam lagi kemudahan.

Malah terdapat pelbagai restoran segera pilihan ramai seperti KFC, Pizza Hut, 7E , ATM , Supermaarket, Kedai Buku dan macam macam lagi.

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang

Di sekitar De Centrum City ketika ini sedang ada pembinaan block baru iaitu Block C dan D Ce Centrum Unipark Condominium untuk memudahkan lagi pelajar-pelajar menyewa sekitar Universiti masing-masing.

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang
De Centrum City Night View

Pihak De Centrum Mall turut memaklumkan bahawa akan memperluaskan lagi konsep berkelanjutan diri dengan menyediakan Kedai Mall & Runcit 3 tingkat.

Lebih daripada 120 kedai gaya hidup yang tersebar di lebih daripada 160,000 kaki persegi yang memenuhi keperluan orang ramai.

Dalam pada itu, Protasco akan membuka satu hotel baru bertaraf tiga bintang di De Centrum City yang sangat dekat dengan IUKL dan De Centrum Mall.

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang
De Centrum City Mall

Ia dilihat akan memudahkan urusan para ibu bapa dan keluarga untuk menyelesaikan proses mendaftar anak-anak ke Universiti IUKL itself atau UNITEN dan sewaktu dengannya.

Park Inn y Radisson merupakan hotel pertama yang mempunyai kemudahkan rooftop swimming pool, lounge, gymnasium, all dining cafe , restoran dan sebagainya.

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang

Protasco akan refurbish 9 storey student hostel building dan hotel yang dibina ini menelan belanja sekitar RM 30 juta dan dijangka siap pada 2018. Hal ini kerana kadar purata pelajar yang ada disekitar De Centrum kira-kira 30,000 pelajar.

Park Inn y Radisson juga berada berdekatan dengan Bangi, Kajang, Putrajaya dan sangat dekat dengan airport kira kira 33KM dari situ. Ia akan lebih mudah untuk sesiapa yang akan datang sekitar kawasan De Centrum City.

De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang

Untuk maklumat lanjut mengenai De Centrum Mall, Kompleks Membeli Belah Terbaru Di Kajang, layari info seperti dibawah :

Laman Web :
http://www.protasco.com.my/

Alamat :
Protasco Berhad Corporate Office
2nd Floor, Corporate Block, Unipark Suria, Jalan Ikram-Uniten
43000 Kajang, Selangor, Malaysia

T: (603) 8738 3388
F: (603) 8926 4008

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *