Lifestyle

Cara Meningkatkan Karisma Untuk Lelaki Moden

Kemahiran sosial telah terbukti boleh meningkatkan pendapatan, rasa hormat yang tinggi dan menjadi kompeten dalam apa yang kita lakukan walaupun kita bukanlah seorang yang hebat.

Sebaliknya kemahiran sosial ini boleh menjadi ‘topeng’ terhadap kelemahan yang kita ada dan menutup kekurangan. Ini yang sering digunakan oleh pakar-pakar kehidupan dalam melatih klien berhadapan dengan cabaran hidup mereka.

Satu kajian Universiti Harvard yang mengambil sampel pekerja di Amerika Utara dan Eropah telah menemui bahawa majoriti memilih untuk bekerja dengan orang yang likable dari orang yang kompeten.

Tahap likablity seseorang itu lebih bernilai dalam jangkamasa panjang. Tidaklah bermakna menjadi kompeten itu tidak penting. Nyatanya manusia ini makhluk beremosi yang perlu disantuni perasaan mereka sebelum kita mahukan apa-apa.

1. Berlatih Meningkatkan Aspek Bukan-Verbal

Albert Mehrabian, seorang pakar psikologi menyatakan 55% perkara yang mempengaruhi orang lain adalah bahasa badan. Bahasa badan ini adalah perkara-perkara yang tidak diucapkan. Nada suara, pergerakan tangan, cara berdiri sehinggalah kepada cara berjalan seseorang amat mempengaruhi komunikasi kita.

Bagi mereka yang pemalu, perlu berlatih cara senyum dan eye contact. Tidak ramai sebenarnya yang boleh melahirkan senyum yang memikat. Seringnya juga kita tidak memandang mata orang di hadapan kita.

Senyum yang baik pastinya menarik orang untuk terus berkomunikasi sementara pandangan mata yang menyatakan hormat dan memberikan mesej ‘ya, saya mendengar’ adalah elemen komunikasi yang baik.

2. Maklumbalas Emosi.

Seseorang yang berkarisma pastinya tidak akan membiarkan perasaan kosong berlegar-legar dalam komunikasi. Emosi dilahirkan dengan kata-kata dan bahasa tubuh yang memberikan isyarat ‘saya berminat dengan apa yang anda katakan.’

Nasihat Robin Sharma, “Words can inspire. And words can destroy. Choose yours well.” Memberikan maklumbalas emosi seperti menganggukkan kepala, sentuhan ringan dan senyuman ikhlas akan memberikan isyarat positif dalam komunikasi.

3. Tanyakan Soalan Yang Postif

Selain bahasa badan, mereka yang berkarisma juga bertanyakan soalan-soalan yang relevan dan positif. Soalan-soalan ini bertujuan untuk menarik komunikasi ke peringkat yang lebih tinggi.

Bertanyakan soalan juga adalah satu taktik supaya kita sendiri tidak bercakap terlalu banyak, membuatkan orang terasa lebih penting dan membantu untuk kedua-dua pihak lebih mengenali.

Tanyakan soalan-soalan terbuka yang membuatkan orang bercerita dengan lebih lanjut.

Antara contohnya ialah ‘Bagaimana tuan membina kerjaya hingga ke tahap ini?’ ‘Saya berminat untuk tahu rahsia kejayaan tuan’ dan ‘Boleh tuan kongsi apa moticasi tuan?’.

Sumber

About the author

Syukri Tahir

Editor at Beautifulnara.com

Add Comment

Click here to post a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge